Sekiranya anda bukan blogger, tetapi ingin menyuarakan pendapat peribadi tentang isu semasa atau pendapat yang tersiar di Beras Padu, maka bolehlah emelkan pendapat anda itu ke pendapat@yahoogroups.com

Sabtu, 2009 Januari 17

Keputusan Pilihanraya P36 Kuala Terengaanu

Keputusan Pilihanraya P36 Kuala Terengaanu



Mohd Abdul Wahid Endut (PAS): 32,883
Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh (BN): 30,252
Azharudin Mamat (Bebas): 193
Undi Rosak:665

Majoriti:2631
Jumlah Keluar Mengundi: 63,993
Jumlah Keseluruah Pengundi: 80,229
Peratus Keluar mengundi: 79.693%

Rabu, 2008 November 05

Bumi equity: NEP, Malays, non-Malays all to blame

Saad Hashim


Since I don't have a single sen of equity ownership in any company (except for some meagre savings in ASB and Tabung Haji) maybe I can convince the non-Malays including those intellectuals like Tony Pua and Liong Tiong Lai who seem to be too keen to get rid of the NEP.

As a result of a statement by Deputy Prime Minister Najib Abdul Razak that he was willing to slowly do away with provisions in the NEP like the 30 percent bumiputera equity, Liong quickly jumped in to say that this is the only way to enhance Malaysia's competitiveness.

If Pua could say that PAS Youth chief Salahuddin Ayub was missing the woods from the trees for opposing such an idea (abolishing the NEP), I would say the same thing of Pua and Liong too. It is hypocrisy of the highest order.

I am still wondering what has Malay equity got to do with competitiveness. At worst, the decorative Malay chairman of a Chinese-owned company could help out in their dealings with the government or in their sales campaign in Islamic countries.

Pua and Liong surely know that the failure of the 30 percent bumi equity target as envisaged by the NEP was mainly due to the policy’s corrupt and inept implementation and outright abuse of power.

For instance, for every IPO (initial public offering), there is already a long list of people and groups who must have their allocations, at par price, either given for free or technically free because they are financed by bank loans which are repaid in no time.

The 30 percent target would have been achieved long time ago if these IPO allocations were handed out to bumiputera investment institutions and not all those RM2 companies set up by political cronies purely to benefit from IPO allocations.

If properly carried out under the Islamic concept, we would have achieved not only the bumiputera equity target but also true national unity in the corporate world while at the same time churning out a huge pool of competent bumiputera corporate men.

Also in the process, this would also cleanse the non-Malay companies of all their unethical business practices.

Under the Islamic concept, an investor, be it an individual, family, group or institution, will become a partner in any business ventures and will partake both in the management and the day-to-day operation of the company.

This, the non-Malay owners of companies may find quite unpalatable because they don't want the Malays to know the ‘inside secrets’ of how they run a company like keeping two books, etc.

Since all the above was either not done or done wrongly both the non-Malay companies and the Malay equity partners (who are more parasites than anything else) have suffered. The non-Malays suffered from interference while the Malays have betrayed the NEP.

At the end of the day, if Nissan installed Brazilian Carlos Ghosn to turn the company around by abolishing a lot of Japanese methods of doing business like protecting inept suppliers, I don't see why non-Malay owned Malay companies, too, could do the same and allow good honest Malay corporate men and women into their boardrooms.

Khamis, 2008 Oktober 30

Untuk Perhatian Kerajaan Negeri Perak (Kebersihan)

Assalamualaikum

Saya ada cadangan untuk kerajaan Perak untuk menjaga kebersihan bandar.
Baru2 ini saya berkunjung ke Sabah.

Di sana saya sempat singgah di Sunday Market di KK. Setiap penjaja tidak mengira
apa jenis barang yg dijual sama ada pakaian @ makanan, mereka menyediakan
bakul sampah untuk pengunjung pasar tersebut. Setiap gerai ada bakul sampah.

Selepas penat berjalan perut terasa lapar. Jadi kami menjamu selera di sebuah restoran.
Saya perhatikan di setiap meja makan ada 1 bakul sampah kecil untuk yg menjamu selera.

Di sepanjang jalan di KK ada papan tanda yang menyuruh pengguna jalan raya tidak membuang sampah
dari kenderaan. Ada papan tanda yg megarah pengguna jalan raya melapor jika ada ternampak
sesiapa yg membuang sampah dari kenderaan.

Tong sampah juga memang mudah didapati di bandar ini. Jadi tiada alasan orang ramai utk membuang sampah
merata2

Jadi kesimpulannya masyarakat kita bukannya semua tidak bertanggungjawab. Tapi masalahnya tiada
kemudahan tong sampah, Apa salahnya kerajaan mewajibkan peniaga2 menyediakan bakul/tong sampah
di setiap premis.

Di Ipoh susah sgt nak jumpa tong sampah. Saya bukan nak merendah2kan org Perak kerana sy pun org Perak.

Dapatlah kiranya tuan memanjangkan idea ini ke MB / MBI / ADUN / MP / Blog2

Sekian, terima kasih.

-- Shahrul Nizam bin Abdullah

Ahad, 2008 September 14

RAKYAT TERENGGANU SALAH PILIH PESURUHJAYA

1. Saya telah membaca dengan teliti pandangan Pesuruhjaya PAS Terengganu yang kali ini lebih gemar menggunakan nama beliau sebagai pengamal dan penganalisis politik daripada bertindak sebagai seorang Pesuruhjaya PAS Negeri. Walaupun sewaktu beliau berdiri sebagai penganalisis politik dalam mana-mana waktu sekalipun, pada saya, beliau tetaplah Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu. Baik dalam keadaan berdiri, duduk, atau berbaring, Mustafa bin Ali adalah seorang Pesuruhjaya PAS.

2. Dengan demikian, mahu tidak mahu pandangan beliau itu tetap mencerminkan pandangan PAS Terengganu. Lebih mendukacitakan lagi ialah apabila pandangan beliau ini bersifat anti keputusan Muktamar. Sekaligus, ia menentang arus Syura yang memutuskan untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat dan tidak sebaliknya seperti yang sedang dilakukan oleh Mustafa Ali. Dalam respons dan setiap ayat yang digunakan, saya tidak nampak sikap Mustafa yang boleh mengukuhkan Pakatan Rakyat seperti yang diputuskanoleh Muktamar secara “standing ovation”.

3. Sepatutnya tugas pemimpin termasuk Pesuruhjaya ialah mendukung dan mengukuhkan keputusan Muktamar. Sifat rajin mengeluarkan kenyataan walaupun tidak disuruh adalah sesuatu yang aneh dan menghairankan. Lebih-lebih lagilah ia mencanggahi keputusan Muktamar. Sepatutnya ceramah atau temuramah bersifat lanjutan kepada keputusan Muktamar.

4. Saya membuat perbandingan antara kenyataan Mustafa di muka surat 1 dan 3 Utusan Malaysia, 11 September 2008 dengan kenyataan Dato’ Johari Baharom, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sendiri termasuk kenyataan PM sendiri dalam Berita Harian pada hari yang sama. Mesejnya sama iaitu tidak ada apa yang akan berlaku pada 16 September 2008 iaitu “tidak mungkin ada undi tidak percaya kerana Parlimen tidak bersidang.” Sentimen Mustafa yang “terus terang tidak yakin adanya bilangan sebanyak 30 orang yang akan melompat parti” betul-betul serupa dengan nada Presiden Umno. Betul-betul serupa.

5. Lidah Mustafa boleh dikatakan sudah menjadi lidah Umno. Kita kena faham bahawa lidah ini adalah jurubahasa kepada hati. Jika begitu keadaannya apa yang ada dalam hati, maka lebih baik terang-terang sokong Umno. Hujah untuk “meredakan keresahan rakyat” yang digunakan oleh Mustafa tidak tepat. Apa yang tepat ialah kita kena tanya rakyat resah kerana apa? Jawabnya, rakyat resah kerana pimpinan di bawah Umno selama ini telah menimbulkan seribu satu macam keresahan. Usaha Pakatan Rakyat yang sama-sama sedang didukung oleh PAS, PKR dan DAP ini adalah usaha untuk memulihkan keresahan rakyat. Pemulihan dan keyakinan akan berlaku apabila Pakatan Rakyat menguasai di peringkat Pusat. “Cross over” kepada Pakatan Rakyat yang menuju ke arah peralihan kuasa sama ada 16, 17, 18, 19 atau 20 September 2008 hendaklah menjadi agenda setiap orang : agenda setiap Pesuruhjaya PAS Negeri termasuklah Mustafa bin Ali. Inilah semangat Muktamar yang telah kita sama-sama putuskan secara sebulat suara. “Standing ovation” itu adalah sebulat suaralah tu. Keputusan Muktamar ini, bukan kerja main-main.

6. Apa tujuan kita adakan kursus, seminar, ceramah, tamrin, usrah, doa, sembahyang hajat, munajat, pagi, petang, siang dan malam kalau tidak kerana untuk menumbangkan sebuah pemerintahan yang tidak cenderung kepada Islam. Jika Umno hendakkan Islam, sudah lama dia laksanakan Islam.

7. Saya tidak fahamlah bila Mustafa menyebut bahawa dia bercakap secara bebas dan pendirian beliau bertaraf peribadi; bukan atas kapasiti seorang pemimpin PAS. Pada saya, beliau adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu. Dalam Islam, seseorang itu hanya boleh mempunyai satu sahsiah saja. Sesiapa yang cuba bermain-main dengan dua atau lebih rupa sahsiah, tidak layak menjadi pemimpin gerakan Islam. Sebab itu, Islam selalu menekankan soal tauhid, yakni penyatuan segala perkara di atas satu dan menuju kepada satu. Dalam PAS, tidak ada dua wajah sahsiah. Jika ada juga, maka ia sesuai untuk mewakili Umno.

8. Jika Dr. Mahathir pernah berkata bahawa ia tersalah pilih Perdana Menteri maka dalam konteks ini boleh jadilah Terengganu sudah tersalah pilih seorang Pesuruhjaya. Dalam akhir ayat Mustafa Ali, ada juga saya terbaca beliau menyifatkan isu ini timbul disebabkan keghairahan satu pihak untuk mengambil alih kerajaan. Di sini, saya cukup tidak fahamlah. Seolah-olah pada Mustafa, adalah satu kesalahan apabila kita ghairah nak gantikan kerajaan secara demokrasi. Sejak bila pula Mustafa jadi begini? Kita kena faham bahawa isu menghuruharakan ini timbul kerana sejak 50 tahun Umno memimpin negara, rakyat tidak dipimpin dengan jelas dan betul dari segi Islam atau demokrasi. Keadilan tidak diberi kepada orang-orang Melayu, Cina, India, Siam atau Kadazan. Ini yang kita ghairah untuk menggantikan kerajaan. Kita bawa Islam kerana Islam itu adil. Islam itu untuk keamanan dan kesejahteraan seluruh kaum yang bermastautin di Malaysia. Apabila nampak bahawa Kerajaan BN/Umno sudah panik dan resah sehingga terpaksa melarikan 50 Wakil Rakyat, maka pada saya, ini adalah petanda kejayaan. Tak tahu lah pula saya kenapa Mustafa Ali terpaksa bersusah payah untuk menjelaskan situasi sebenar demi meredakan. Meredakan hati siapa? Hati pemimpin Umno?

9. Dalam keadaan beginilah hati saya cepat-cepat teringat tentang HARAKAH. Saya tak dapat bayangkan bagaimana HARAKAH boleh memainkan peranan sebagai lidah rasmi parti dan organ parti, apabila orang nombor satu yang merupakan Pesuruhjaya PAS Terengganu ini telah mengambil sikap membelakangi keputusan Muktamar. Saya percaya, ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi pojok, cerita, berita dan analisis yang dibuat. Dengan dibenarkan penerbitan dua kali seminggu maka lebih cepat lagilah ia boleh merosakkan imej HARAKAH. Pada logiknya, pembaca HARAKAH akan berkurangan. Saya fikir suatu keputusan perlu dibuat mengenai perkara ini.

10. Saya sebenarnya masih mahu mengambil sikap bertangguh dari terlalu cepat mengemukakan respons. Dengan begitu, saya akan cuba ikuti lagi apa rentak yang akan dibawa oleh pemimpin seperti Mustafa Ali. Saya percaya, mungkin ada satu atau dua orang lagi yang bersama dengan beliau. Selaku orang tua dalam parti, saya telah mengikuti orang penting dan orang yang tidak penting keluar masuk ke dalam parti. Bahkan Allahyarham Dato’ Haji Asri Muda sekalipun pernah meninggalkan Parti PAS. Pada waktu itu beliau adalah di kerusi Presiden. Beliau akhirnya masuk Umno dan semua orang tahu bagaimana beliau mengakhiri karier politiknya.





NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT


Bertarikh : 11 Ramadhan 1429
11 September 2008.

Sabtu, 2008 Jun 21

Geram dan tertekan akibat kenaikan harga minyak


Saya nak berkongsi maklumat dengan rakan semua tentang perkembangan selepas kenaikan harga minyak. Mudah-mudahan dapat mengurangkan sikit tekanan yang saya rasakan.

Kenaikan harga minyak merupakan fasa pertama yang dirasakan secara 'direct' oleh semua pengguna kenderaan. Semua mengeluh dan merungut. Sekarang saya merasakan fasa kedua telah bermula bila harga barangan mula naik. Kos sara hidup meningkat. Ramai yang merungut yang perbelanjaan mereka meningkat.

Kalau dulu mereka dapat membeli barang keperluan dapur dengan sekian RM tapi kini dengan nilai yang sama mereka tidak lagi dapat membeli barangan yang sama banyaknya.

Baru-baru ini TNB mengumumkan kenaikan tariff baru bermula 1 Julai kesan kenaikan harga minyak. Kenaikan ini memberi kesan yang besar kepada pelabur-pelabur di Malaysia.

Kos pengeluaran meningkat. Di dalam dunia global yang kompetetif sukar bagi syarikat untuk menaikkan harga produk mereka kerana mereka bersaing dengan pengeluar di peringkat antarabangsa.

Langkah awal syarikat di Malaysia mestilah mengurangkan kos pengeluaran termasuklah mengurangkan kos buruh melalui pengurangan 'overtime' atau membuat polisi 'zero overtime'.

Dahlah perbelanjaan pengguna meningkat, perndapatan mereka pula berkurangan. 'Sudah jatuh ditimpa tangga. Tindakan lebih drastik ialah mengurangkan pekerja. Bertambah malang nasib pekerja syarikat yang diberhentikan kerana peluang untuk mencari perkerjaan semakin sukar. Semua syarikat mengambil langkah mengurangkan pekerja, bukan menambah pekerja. Kemudian syarikat mendapati mereka tidak dapat menampung kos yang meningkat menyebabkan syarikat kerugian. Akhirnya keputusan terpaksa diambil untuk memindahkan operasi syarikat ke negara lain untuk mengekalkan 'survival' syarikat.

Beribu-ribu akan kehilangan pekerjaan. Mungkin ketika ini fasa ke-3 akan bermula kerana perkerja yang diberhentikan akan melalui kesempitan hidup hingga melibatkan diri dengan kegiatan yang melanggar undang-undang. Jenayah meningkat dan tahap keselamatan rakyat tidak lagi terjamin. Bila memikirkan kesan bertali arus dari kenaikan harga minyak, hati saya amat marah.

Saya mungkin terpaksa mengurangkan perkerja di bawah saya, Yang mana satu saya harus pilih untuk dikekalkan. Bagaimana saya nak menghadapi pekerja saya sekiranya saya perlu memberitahu mereka, pihak syarikat dalam proses mengurangkan pekerja dan perkhidmatan anda tak diperlukan lagi.

Bagaimana mereka hendak meneruskan hidup mereka dengan kenaikan kos sara hidup. Ada yang dah berkeluarga. Semuanya bermain dalam fikiran. Apakah jalan penyelesaiannya? Mungkin ada rakan di luar sana yang boleh membantu.

Wassalam

Fauzi, Melaka_

Isnin, 2008 Jun 09

Memperdaya Diperdaya

Semalam dalam akhbar tempatan, kerajaan telah keluarkan satu statistik kononnya harga minyak di malaysia adalah yang paling rendah di rantau ini. Kemudian mereka membandingkan harga minyakmalaysia dengan harga minyak di Thailand, Singapore, Filipina dan Vietnam.

Persoalan sekarang apakah asas perbandingan tersebut sedangkan negara negaratersebut bukan pengeluar minyak? Hujah seperti inilah yang di gunakan oleh barisan pemimpin untuk memperbodohkan orang kampung.

Ok, disini fakta yang semua orang kena tahu. Pertama sekali sila lihat perbandingan harga minyak malaysia dan negara negara pengeluar minyak yang lain:-

Negara Harga minyak seliter (dalam RM)
Malaysia RM 2.70
Iran RM 0.29
Venezuela RM 0.16
Turkemenistan RM 0.39
Arab Saudi RM 0.19
Mesir RM 0.81

Dari data di atas, membuktikan propaganda kerajaan adalah palsu dan tidak benar. Kesemua negara pengeluar minyak di atas, harga minyak adalah di bawah RM1.00 seliter.

Ada sesetengah alasan mengatakan keluaranminyak kita tak sebanyak arab saudi yang mengeluarkan sejuta tong sehari. Menurut kerajaan, pengeluaranminyak kita adalah dalam lingkungan 700 ribu tong sehari.

Oleh itu kalau berdasarkan ratio pengeluaran minyakantara arab saudi dan malaysia 1 juta : 700 ribu, sepatutnya harga minyak malaysia dalam lingkungan RM0.30 sen sahaja.

Kenapa arab saudi boleh kekalkan harga minyak pada 0.19 sen seliter tapi malaysia pada 1.92 sen? Bukan kah jauh bezanya? Bagaimana pula dengan venezuella yang jumlah penduduk hampir sama dengan malaysia boleh kekalkan harga minyakpada 016 sen seliter sahaja? Ini menunjukkan ada sesuatu yang tak kena dalam menguruskan hasil minyak dalam negara.

Ketika dato seri anwar ibrahim menjawat jawatan menteri kewangan malaysia pada tahun 1991-1998, harga minyakdi kekalkan pada 1.10 sen seliter. Bagaimana beliau boleh mengekalkan harga minyak selama lapan tahun sedangkanharga minyak dunia naik mendadak ketika perang teluk di iraq?

Pada masa yang sama juga pembangunan dan projek projek banyak juga di jalankan dalam negara tanpa perlu naikkanharga minyak. Tapi pemimpin kerajaan beri alasan untuk naikan harga minyak supaya duit tersebut dapat tampung projekpembangunan.

Masalah sekarang projek pembangunan untuk faedah siapa? Rakyat atau kroni?Berapa kerat orang yang dapat faedah dari koridor pembangunan di sana sini?Subsidi minyak yang di tanggung kerajaan mencapai 35 billion setahun.

Kerajaan bersungguh sungguh untuk mengurangkan subsidi minyak ini kerana kalau harga minyak tidak di naikkan dengan segera ianya akan mengganggu peruntukan kerajaan bagi membangunkan koridor koridor di seluruh negara yang bernilai ratusan billion. Yang orang asyik berhujah ialah harga minyak perlu di naikkan kerana harga minyak dunia telah naik.

Ada yang mengatakan ia masalah global.So yang kita kita fikir ialah kenapa nak risau tentang harga minyak dunia yang melambung naik keranasepatutnya sebagai negara pengeluar minyak, malaysia seharusnya gembira kerana bila harga minyak dunia naik, pendapatanpetronas jadi berlipat ganda.

So apa masalahnya? Walaupun malaysia ada mengimport minyak dari luar untuk kegunaan tempatan,tapi bila dah net off dari pendapatan export, masih untung besar lagi.Adakah negara akan bankrupt kalau turunkan harga minyak??

Sudah tentu tidak.Sila lihat statistik di bawah:-

Allocation untuk mega projek:-

Koridor utara : RM 17.5 billion
Koridor timur : RM 112 billion
Wilayah iskandar : RM 47 billion
Koridor sabah : RM 105 billion
Koridor Serawak : RM 107 billion

Bila kerajaan membuat pelan untuk pembangunan projek di atas, sudah tentulah kerajaan mempunyai wang yangbanyak.

Jadi, jika kerajaan sanggup membelanjakan ratusan billion untuk projek pembangunan seperti di atas yanghanya boleh di manafaatkan oleh segelintir rakyat sahaja, kenapa nak tampung subsidi 35 billion setahun pun tak mampu?Mana yang lebih penting?Mana yang perlu di utamakan?

Kebajikan rakyat atau projek mega?

Bila menteri menteri beri komen tentang ekonomi, semuanya berkata yang bagus bagus, tapi bila bercakap soal subsidiminyak, dah cakap lain pulak.

So kalau Dato Najib kata turunkan harga minyak akan buat negara bankrup,bagaimana projekratusan billion di atas?

Tak bankrup kah negara dengan projek ratusan billion tersebut?Perlu di ingat bahawa di samping pendapatan hasil petroleum,negara juga mempunyai hasil dari sumber lain seperti getah, sawit, taxation, balak dan lain lain.Pendapatan tahunan negarakalau di ambil kira harga minyak yang melambung naik bakal mencecah 200 billion setahun. Dari jumlah tersebut susah sangatke nak sumbangkan 50 billion untuk beri subsidi pada rakyat?

Ni korang compare ngan Turkmenistan .

Oil - production: 196,700 bbl/day (2005 est.)GDP - per capita (PPP): $9,200 (2007 est.)

Ni Malaysia punya

Oil - production: 751,800 bbl/day (2005 est.)GDP - per capita (PPP): $14,400 (2007 est.)

fikir fikirkan lah sendiri
.

Regards,
Fauziah Hayat

Rabu, 2008 April 23

PAS Kerajaan Berwatak Pembangkang

Oleh: welfare

Sekiranya kita menonton filem 'Ali Baba Bujang Lapok' arahan Allahyarham P. Ramlee, ada satu slot yang sangat menarik untuk dijadi teladan dalam politik. Slot itu berkaitan dengan Ali Baba yang telah mendapat harta berusaha untuk merubah watak dirinya daripada watak seorang miskin kepada watak seorang kaya. Beliau mencuba dengan menggayakan cara orang kaya berjalan dan batuk bagi menunjukkan kepentingan beliau merubahkan watak dirinya. Dalam filem tersebut akhirnya memaparkan bagaimana Ali Baba kemudiannya menjadi seorang kaya yang pemurah dan baik. Mungkin Allahyarham P. Ramlee cuba menggambarkan betapa pentingnya merubah watak diri seseorang apabila kedudukan dirinya telah berubah.

Telah lebih dari sebulan, PAS berjaya membentuk kerajaan di beberapa buah negeri. PAS berjaya mengekalkan pemerintahan di Kelantan, menjadi peneraju utama di Kedah, menjadi ketua kerajaan campuran di Perak dan berkongsi kuasa di Selangor. Dengan pencapaian yang seperti itu PAS bukanlah lagi sebuah parti pembangkang sebagaimana watak yang dimainkannya sebelum ini, sebaliknya merupakan sebuah parti yang memerintah atau sekurang-kurangnya 'government in waiting'. Boleh jadi hikmah ALlah swt tidak memberikan kemenangan sekaligus, adakah untuk memberi senggang masa yang selesa untuk PAS berubah watak daripada watak pembangkang kepada watak kerajaan.

Transisi daripada watak pembangkang kepada watak kerajaan ini sebenarnya sangat penting memandangkan persekitaran politik Malaysia yang agak unik dengan wujudnya kepelbagaian kaum, sistem politik federalisme, monarki berpelembagaan dan wajah sosial masyarakat Malaysia kesan daripada pemerintahan BN dalam tempoh yang agak lama. Sebagai contohnya, dasar-dasar tentang hiburan dan budaya yang wujud dalam negara Malaysia sekarang sudah pasti memerlukan kepada dasar-dasar alternatif. Pengarah Pusat Penyelidikan PAS (PPP) Dr Dzulkifli Ahmad pernah menyatakan, nasib baik PAS tidak menang dalam PRU yang lalu (merujuk PRU 1999), kalau tidak bagaimana PAS hendak berhadapan dengan amalan hiburan dan budaya yang melampau di Malaysia sekarang.

Demikianlah pentingnya PAS mengambil peluang dalam suasana yang ada sekarang, untuk mereka melakukan perubahan watak daripada watak pembangkang kepada watak kerajaan. Malangnya setelah lebih sebulan, perubahan itu masih begitu lambat. Di peringkat ahli-ahli bawahan tidak begitu kelihatan perubahan tersebut. Sepatutnya ahli-ahli di peringkat 'grassroots' bukan lagi bertindak sebagai penghentam BN sebaliknya menjadi agen penerangan kerajaan Pakatan Rakyat yang berkesan. Mereka juga perlu bersedia dengan minda masyarakat madani (civil society) demi untuk melaksanakan agenda Negara Kebajikan yang diwarwarkan. Sebenarnya mereka inilah yang menjadi tunggak pelaksanaan agenda Negara Kebajikan tersebut sebagai penghubung antara kerajaan dan rakyat.

Malangnya yang begitu dibesar-besarkan sekarang melibatkan ahli-ahli PAS ialah ceramah besar-besaran di stadium-stadium, meneruskan tradisi PAS mengkritik UMNO sepertimana ungkapan 'Umno akan dimuziumkan di Johor'. Demikian jugalah ceramah-ceramah di ceruk-ceruk desa, watak yang hampir sama diteruskan malah sehingga ke peringkat menjaga tepi kain UMNO, berkaitan dengan isu-isu dalaman yang mereka hadapi. Kesemua ini tidak banyak membantu transisi perubahan watak politik PAS daripada watak pembangkang kepada watak kerajaan. Pimpinan PAS perlu memikirkan satu pendekatan untuk melonjakkan minda ahli-ahli mereka setelah lebih 50 tahun terbudaya dengan watak pembangkang.

Lidah rasmi PAS iaitu Harakah atau Harakahdaily juga tidak terkecuali, kebanyakan berita-berita yang dipaparkan masih mengekalkan watak yang sama. Harakah menyiarkan kenyataan kepimpinan PAS tentang rumahtangga UMNO dan pandangan balas mereka terhadap polisi dan amalan kerajaan BN. Jarang kedengaran kenyataan kepimpinan PAS mengulas panjang lebar tentang polisi dan amalan kerajaan negeri yang mereka terajui. Sebagai contoh, apabila MB Perak mengisytiharkan ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan dipilih terdiri sebahagiannya dari kalangan bukan ahli politik, tiada ulasan lanjut oleh kepimpinan PAS. Bolehlah dianggap lidah rasmi PAS ini lebih sibuk dengan apa yang BN buat daripada menerangkan apa yang PAS buat.

Yang lebih malang lagi, lidah rasmi PAS lebih cenderung untuk menjaga tepi kain 'rumahtangga' UMNO. Pada ketika ini lidah rasmi PAS seperti menjadi suara penyambung kepada desakan-desakan dalam UMNO meminta Presiden mereka meletakkan jawatan. Apa perlunya lidah rasmi PAS terlibat dengan masalah dalaman UMNO ini? Bukankah siapa sahaja yang menerajui UMNO pendirian mereka terhadap PAS tetap sama dan sukar berubah? Oleh sebab itu, lidah rasmi PAS perlu melakukan anjakan paradigma daripada sekadar menjadi agen 'check and balance' terhadap kerajaan BN kepada agen propaganda PAS sebagai kerajaan. Harakah sepatutnya menjadi penyampai kepada polisi dan amalan PAS sebagai kerajaan untuk meyakinkan rakyat terus menerima dan menyokong PAS.

Di peringkat pimpinan tertinggi PAS juga tidak menunjukkan perubahan yang memberansangkan. Pada masa ini, rakyat sedang ternanti-nanti apakah seterusnya (what's next) berkaitan dengan manifesto Negara Kebajikan. Boleh dikatakan keseluruhan pimpinan tertinggi PAS tidak bersuara tentang apakah langkah seterusnya untuk merealisasikan manifesto Negara Kebajikan dengan kuasa terbatas di peringkat kerajaan negeri? Rakyat sudah tentu tidak puashati sekadar diberikan 'gula-gula' tiket bola percuma, penghapusan saman tertunggak PBT dan tarif air percuma untuk sejumlah tertentu. Menyedari hakikat tersebut, pimpinan tertinggi PAS seharusnya menerajui penerangan tentang pelaksanaan agenda Negara Kebajikan untuk memastikan sokongan rakyat kekal dan bertambah.

Dengan menerajui 5 buah negeri, Pakatan Rakyat sebenarnya berada dalam posisi yang seimbang dengan BN, malah mungkin lebih kuat sekiranya dilihat kepada kekuatan negeri yang mereka kuasai. Tetapi kekuatan tersebut tidak pergunakan, sebaliknya mereka masih berwatak pembangkang seperti Kerajaan PAS Kelantan 18 tahun yang lalu. Apabila Kerajaan Pusat membatalkan beberapa MOU dan menarik balik beberapa projek, kerajaan-kerajaan negeri yang diterajui oleh Pakatan Rakyat menggelabah merasai tergugat. Pergantungan terhadap Kerajaan Pusat begitu kuat sehingga kelima-lima negeri itu seperti tidak boleh berdiri sendiri. Setelah lebih sebulan berlalu inilah watak yang masih tebal pada Pakatan Rakyat khususnya PAS menjadikan mereka sebagai kerajaan berwatak pembangkang.