Sekiranya anda bukan blogger, tetapi ingin menyuarakan pendapat peribadi tentang isu semasa atau pendapat yang tersiar di Beras Padu, maka bolehlah emelkan pendapat anda itu ke pendapat@yahoogroups.com

Khamis, 10 April 2008

Mahathir : Politukus Paling Licik Dalam Sejarah Malaysia

Oleh imacbook

"a
"I owe nobody any apology", terjemahannya ("Saya tidak berhutang maaf dari siapa-siapa pun"). Dipetik dari akhbar The Star 10 April 2008.

Dari siapa kata-kata ini, yang seolah dia bersih,suci dan tidak pernah melakukan hatta satu kesalahan pun!

Tidak bukan tidak lain, mantan Perdana Menteri Malaysia ke 4, Tun Dr. Mahathir Mohamad (TDM).
Beberapa minggu sebelum dan selepas PRU12, boleh dikatakan, paling kurang sekali dalam seminggu, pasti, mesti ada berita dan liputan diberikan kepada TDM ini diarus media.

Rasanya memang tidak boleh diketepikan pengaruh marhaen sorang ni!Nak taknak, samada orang tu PAS, UMNO, anak beranak PAKLAH atau rakyat kebanyakkan, kita terpaksa terima kewujudan hamba Allah ini.

Ramai di kalangan PAS sudah tidak berminat berbincang tentang Che Det ini, yang juga dikenali sebagai Yang Mulia MAHAFIRAUN, semasa era Refomari 98' dulu.Ini boleh dilihat dengan tiadanya respon terhadap kenyataan TDM oleh kebanyakkan pemimpin PAS.PAS seolah sudah bosan/membiarkan sahaja kerenah orang tua itu.

Manakala di satu pihak lain, iaitu BN atau lebih tepatnya UMNO, berlaku kata-kata amaran, ugutan, lemparan tuduhan demi tuduhan antara geng TDM dengan Geng Paklah.

Sejarah TDM ini begitu panjang untuk diceritakan disini, pembaca boleh meninjau di dalam wikipedia sekiranya berminat.

Wujudnya TDM di Malaysia ini, boleh dikatakan wujudnya juga seorang tokoh politikus paling licik dipersembahkan untuk rakyat.TDM berupaya menarik pelbagai penceritaan,gaya mutu sebuah teater lagaknya dalam kancah politik serta pemerintahan negara.

Hebat!Tanpa beliau, mana mungkin Malaysia punyai Menara Berkembar Petronas, pernah menjadi bangunan paling tinggi di dunia.Perlumbaan kereta F1, pusat pentadbiran ala White House di Putrajaya, dan super 'airport' di Sepang.

Natijahnya ada positif ada negatif akan plot-plot yang dibuat oleh TDM ini.Kalau melihat semasa era DSAI dipecat/dipenjarakan, rasa tahap kebencian rakyat marhaen kepada TDM boleh sampai ke 10/10.

Jika diulas satu persatu ketidakpuasan hati rakyat kepada TDM, tidak cukup ruangan ini malah di ruangan blog-blog lain pun.Banyak SANGAT!!
Beliau turut digelar ditaktor, mewujudkan sindrom Yes Man dalam pemerintannya.Lebih ditakuti (secara senyap) dari dihormati.

Drama tragis banyak berlaku semasa pemerintahannya, seperti operasi Lalang, pemecatan DSAI, Al-Maunah, ditambah dengan AKTA ISA,AUKU dan juga akujanji dikalangan perkhidmatan awam.

Sebenarnya mengikut sejarah TDM ini, masuk saja dalam UMNO, sudah menunjukkan belangnya!Paling awal, beliau dipecat dari UMNO lalu menulis Malay Dilemma.

Ada yang mengatakan, TDM dilihat merancang sesuatu lima enam tapak kehadapan dalam menentukan arah politiknya.Ini boleh kita lihat akan visinya seperti kewujudan Proton serta Putrajaya.TDM amat licik (nak kata kotor,tak tergamak) dalam permainan politiknya. Bukan seorang dua tumbang, dijatuhkan oleh beliau, malah almarhum Tunku Abdul Rahman tidak terkecuali.Memang kepala propaganda dan dalam jiwa beliau mungkin punyai seribu macam plot konspirasi!

Tetapi secara nyata, beliau sudah tidak sedar diri lagi.Di usia 83 tahun, kederat beliau sudah tidak segagah dulu, tapi mulut beliau masih membebel, berkeriut-keriut wajahnya menyembur kata-kata,umpama mesingan baru dibeli.

Sebaiknya beliau mendekatkan diri kepada Allah diusia emas ini, tinggalkan urusan dunia kepada yang layak.Boleh, beliau boleh bercakap kalau masih nak berdebat/bertegang urat, tapi biarlah dijalan betul.
Ini tidak, lagi membebel lagi banyak salah silapnya telanjang sendiri.Malu lah kepada generasi muda, yang bukan lagi boleh diperkotak katikkan.

Jangan sampai nanti, orang yang masih ada menghormati beliau pun, bosan dan jemu.Tidaklah sesiapa pun mahu pabila mati dikenali penipu,penjahat dan gelap hati.

Kata-kata yang beliau ucapkan di atas, seolah beliau itu maksum.Tidak kesedar diri yang manusia ini penuh dosa dan noda, ringan jer mulut cakap macam kita tak pernah buat salah!

Dosa dan pahala urusan Allah, kita tak boleh takwil hal itu, tapi kena ingat, dosa kalau FITNAH, tidak diampunkan ALLAH kerana orang itu kena meminta ampun maaf kepada yang difitnah!

Mahukah beliau itu di heret naik turun mahkamah nanti?Masuk suruhanjaya di Raja kes Linggam Gate baru ni pun asyik, "Saya tak ingat saya lupa" !Tapi dalam akhbar, pelbagai cerita dulu boleh diingat jelas seperti kisah bekas ketua BPR dikatakan diugut beliau, dan tentang Kes Tun Salleh Abbas.Licik dan bijak betul!

Tetapi sehebat mana pun, selicik mana pun, janji Allah tentang yang hidup pasti akan menemui kematian, akan terjadi juga kepada beliau!
Sudahlah Mahathir bin Mohammad, dirimu sudah tidak relevan!Full Stop.Noktah
"