Sekiranya anda bukan blogger, tetapi ingin menyuarakan pendapat peribadi tentang isu semasa atau pendapat yang tersiar di Beras Padu, maka bolehlah emelkan pendapat anda itu ke pendapat@yahoogroups.com

Selasa, 22 April 2008

Pak Lah "pulangkan!!"

Oleh trulyyours

Sebagai rakyat Terengganu, saya memang sokong tindakan MB Kontroversi mengenai tuntutan balik hasil royalti minyak dari kerajaan pusat. (Tak kira apapun nawaitu atau motif Mat said)

Walaupun semalam Pak lah dah menolak tuntutan tu, saya masih nak menyeru di sini, supaya Pak Lah fikir balik, fikir baik-baik, fikir dengan berpandukan sakibaki iman yang ada....dan tolong ubah keputusan itu!!

Pulangkan!! Pulangkan!! Pulangkan hak kami kepada kami!!!
Hentikanlah kezaliman yang merompak hak kami semenjak 1999.
Dah lapan tahun dah!!Kalau setahun jumlahnya 1 bilion, maknanya dah 8 bilion hak rakyat Trengganu digunakan secara HARAM oleh kerajaan bn-di bawah umno- di bawah bidangkuasa PM

Pak Lah tak usah nak kong kalikong kami dengan alasan melalui wang ehsan selama ni dok bantu pembangunan negeri Trengganu. Wang Ehsan bukan milik Pak Lah! Bukan milik umno! Bukan milik BN! Merompak hasil 5% royalti minyak tu & menukarnya dalam bentuk lain tetap TIDAK MENGHALALKAN rompakan tersebut!

M
ungkin muka Pak Lah dah cukup tebal...tapi saya harap, ingatla balik pada Allah! Kalau tak malu pada rakyat Trengganupun, kalau tak malu pada rakyat Malaysiapun,...kalau tak segan silu pada DYMM Yang DiPertuan Agungpun selaku Sultan Trengganu,tolongla rasa malu pada Allah!! Ambilla iktibar dari kekalahan umno/bn di bawah Pak Lah sebagai satu musibah, Allah nak sedarkan Pak Lah dan geng 40 penyamun Pak Lah ..cukup-cukuplah jadi Perompak profesional dalam negara.

Umno trengganu yang 'ngok dan berhati busok' yang mencadangkan rompakan itu memang cukup dungu untuk menjadikan negeri sendiri 'peminta sedekah' tetapi rakyat Trengganu yang bermaruah tidak pernah merestui tindakan dungu sipemimpin umno bahalol ini. Wang ehsan...wang siapa? Diambil dari siapa? Diberikan pada siapa?

Ada akai ka...?Rompak duit dari seseorang, lepas tu bagi sikit kat sedara-mara orang tu.."nah wang ehsan,,sedekah kat korang..dengan ehsan aku, sebagai perompak'..ni aku dah bagi kat korang...jangan lupa tolong mudahkan lagi kerja2 aku pada masa akan datang..! Akai ada kaa...?

Sementara Allah masih dengan RahmatNya, membenarkan Pak Lah bernafas lagi...walaupun umno dah tenat...ambillah peluang untuk Memperbetulkan yang tak betul & memulangkan rakyat Trengganu hak kami!!"