oleh "spacesttudent"
kerajaan sanggup guna duit bermillion2 utk hantar seseorg yang xda pendedahan langsung tentang kejuruteraan dan teknologi angkasa ke angkasalps, tetapi menghadkan duit utk penyelidikan tentang aeroangkasa di universiti tempatan, sehinggakan research2 mengenai aero-angkasa di uni tempatan amat terhad sekali.
pensyarah yg dihantar belajar ke luarnegara dlm bidang ini, mempunyai potensi yg besar kerana didedahkan dengan on-field teknologi ketika diluar negara, tetapi bila pulang utk mengajar, terpaksa menurunkan level sbb tiada peruntukan, tiada teknologi dan tiada sokongan kerajaan maupun industri...
jadi, walaupun seorang angkasawan berjaya dihantar ke ISS dengan berbekalkan satay dan nasi himpit, apa faedahnya pada penyelidikan angkasa di malaysia jika tujuannya hanya ingin 'famous'-quote: supaya malaysia dikenali di mata dunia.-?!!!...
program ini hanya dikatakan berjaya jika penyelidikan ttg angkasa dihebatkan di universiti tempatan, byk pusat penyelidikan dan 'support centre' atau 'ground station' dibina di malaysia utk pantauan aktiviti di angkasa lps, peruntukan yg amat banyak utk pembangunan teknologi angkasalps utk syt seperti Astronautic bhd, Agensi Angkasa negara dan sebagainya..(teknologi angkasa ni memerlukan peruntukan yg amat besar, bukan cikai2 jer).
apabila perkara ini diambil kira, maka peluang penyelidikan, pekerjaan dan pembangunan teknologi dpt dikembangkan lagi, supaya ramai pelajar2 menaruh minat 200% kat bidang aeroangkasa...
jd, ade la faedahnya jugak dr sms pi iss tu, dan tak payahla student space mcm aku ni, terpaksa berhempas pulas kat luar negara, buat research hebat2, submit thesis ke international jurnal...tp balik mesia, melangut je kat opis....kalu tak, baikla duit yg kasi kat dr SMS tu kasi kat students yg betul2 serius nak jd space engineer wat pi blaja..dan guna wat research..
Sekiranya anda bukan blogger, tetapi ingin menyuarakan pendapat peribadi tentang isu semasa atau pendapat yang tersiar di Beras Padu, maka bolehlah emelkan pendapat anda itu ke pendapat@yahoogroups.com